~SkEpTiKaL~

Saya kurang setuju dengan sikap sesetengah manusia yang kadang-kadang terlalu skeptical dan terlalu cepat melemparkan kenegatifan terhadap manusia yang lain..walaupun kadang-kadang saya ada juga melemparkan skeptical itu pada pandangan pertama pada orang lain. Itulah antara masalah sikap yang selalu menjadi barah dalam diri manusia. Kadang-kadang tidak semua manusia yang menjadi mangsa skeptical kita itu sebegitu. Namun,kadang-kadang ada juga keskeptikalan kita itu menjadi betul.

Contoh:

Kita sedang berjalan-jalan seorang diri di sebuah lorong yang sempit lagi gelap. Disebabkan nak balik cepat ke rumah,maka kita ambil jalan ‘short –cut’ . Di pertengahan lorong, kita terserempak dengan sekumpulan lelaki yang tidak dikenali sedang berkumpul. Disini adalah menjadi perlu kepada kita untuk skeptical atau berpandangan negative pada sekumpulan lelaki tersebut demi keselamatan diri kita. Sebabnya, dengan skeptical inilah akan menyelamatkan kita dari semua bahaya geng-geng samseng jalanan seperti yang kita selalu tonton dalam filem atau drama-drama melayu.Tapi,jangan skeptikal sahaja,terus la ambil tindakan selepas itu.macam buka langkah seribu ke,tukar kepada laluan yang lebih selamat ke.

Namun, kadang-kadang skeptical itu menjadi tidak perlu untuk ada dalam diri kita apabila kita berada dalam situasi tertentu. Manusia memang pernah dan terbiasa dalam melakukan kesilapan. Dalam al-quran sendiri selalu menceritakan yang manusia ini pelupa, tidak pernah cukup dengan apa yang ada, mudah mengeluh, mudah berputus asa dan sebagainya. Namun, itu bukanlah kayu pengukur kepada kita untuk menafsir manusia itu. Tidak kira lah manusia itu musuh kita ke, kakak kita ke, abang kita ke, adik kita ke, sahabat kita ke, saudara-mara kita ke,apatah lagi ibubapa kita. Lagi teruk kalau ada manusia yang skeptical dengan Tuhan. Itu sudah dikira sangka buruk terhdap Allah s.w.t…wa nauzubillah..
Sekali manusia itu melakukan kesilapan, adakah selama-lamanya dia akan melakukan kesilapan? Apakah kita ni mulia sangat sampai nak hukum manusia lain macam tu? Malaikat kah kita? Nabi kah kita? Tuhan kah kita? Dah nama kita pun dai’e (penyeru kea rah kebaikan…tp berapa kerat je kan yang sanggup)?,bukan qodhi(penghukum)…maka adalah tidak wajar untuk kita bersikap sedemikian. Kalau Cat Steven, Micheal Jackson, Corrie Lee pun Allah bleh buka hati untuk terima hidayah, apatah lagi dengan manusia yang sesame Islam ni kan? Kalau kita buat kajian, ramai selebriti-selebriti tanah air kita yang kembali insaf dan berubah kea rah kebaikan setelah sekian lama hanyut dalam noda dan maksiat. Maka saya merasakan tidak perlulah kita untuk melemparkan kenegatifan tu pada manusia lain yang pernah melakukan kesilapan yang kecil. Tanam la belakang rumah sifat negative tu. Biar dia lupus ditelan bumi. Rasanya bumi pun tak sanggup nak telan aura negative tu.

Justeru itu, seandainya ada sahabat-sahabat kita atau saudara-mara kita pernah melakukan kesalahan selama dia hidup,MAAFKANLAH…walaupun terasa perit dengan kalimah MAAF ni…namun ketahuilah,maaf ini lah yang akan membersihkan kembali hati kta setelah tercemar dengan bakeria-bakteria dengki,hasad,sakit ati…fuhhh!!!tak perlu berhabis duit untuk wat rawatan cuti hati…maaf sahaja.nak bersih lagi tambah dengan istighfar dan zikir pada-Nya.

Kita pun manusia biasa sahaja. Entah esok, entah lusa giliran kita pula melakukan kesilapan. Kalau orang lain pula yang skeptical dengan kita masa tu,apa perasaan kita agaknya? Mesti sedih tahap dewa sebab orang dah tidak percayakan kita. Boleh jadi sahabat baik sendiri yang akan buat kita macam tu. Haaaa…masa tu baru tau apa yang orang jadi target kita tu rasa.

Manusia merupakan makhluk yang relative. Boleh berubah-ubah watak dan hatinya kerana Allah lah pemegang kepada hati-hati manusia ni. Kita hanya mampu berdoa agar hati kita ditetapkan kea rah kebaikan dan tidak dibolak-balikkan oleh-Nya. Bersyukurlah selagi diberi nikmat untuk menjadi manusia.

Skeptikal = buruk sangka = su’u zhon (adalah adik-beradik)
Kita pun sudah menghampiri bulan Ramadhan…ayuh kita sama-sama bersihkan hati sebelum bertemu dengan bulan ini. Semoga Rejab, Sya’aban dan Ramadhan ini dapat kita salami dengan jiwa yang tulus,bersih,suci lagi murni…Ameeen..

0 Response to "~SkEpTiKaL~"

Post a Comment